Welcome to my blog, hope you enjoy reading
RSS

Monday, May 31, 2010

Hari ni...Kalau....

Hari ni… kalau dia masih ada… umurnya sudah menjangkau ke angka 59…

Hari ni… kalau dia masih ada… kedutan mungkin semakin bertambah di raut wajahnya…

Tapi… hari ni… kalau dia masih ada… mungkin dialah insan yang paling gembira melihat aku…

Anaknya yang semakin meningkat dewasa…

Hari ni… kalau dia masih ada… ingin aku memeluk dan menciumnya… untuk tunjukkan kasih sayangku padanya…

Hari ni… kalau dia masih disini… ingin aku bercerita dengannya tentang susah payah yang kulalui saat ketiadaannya disampingku…

Hari ni… kalau dia masih disini… ingin sekali aku berbaring di ribaanya… bermanja dengannya seperti masa lalu…

Hari ini… kalau dia masih disampingku… ingin aku mendengar setiap leterannya yang bukan hanya mampu menyedarkanku malah mampu membmbingku untuk menempuhi hidup di dunia ini…

Tapi..

Sayangnya… dia sudah tiada… dan aku harus dan mesti menerima kenyataan itu walaupun teramat pahit untuk ditelan…

Pemergiannya walau sudah bertahun lamanya… namun bagaikan baru semalam dia bersamaku… seperti baru semalam aku menatap wajahnya… merasa belaiannya…

Mak… tahukah kau… anakmu ini amat merindui setiap saat bersamamu… belum sempat aku menabur bakti padamu… belum sempat aku membalas segala jasa-jasamu… kau pergi… meninggalkan aku terkontang-kanting sendiri… berdikari di saat usiaku masih mentah…

Apakan dayaku mak… aku terpaksa juga harungi semua ini… dan sekarang semua cabaran dan dugaan inilah yang membesar dan mematangkan diriku… mengajar aku bahawa tiada perkara yang senang dalam hidup ini…

Aku sentiasa mendoakanmu… semoga ‘kehidupanmu’ disana lebih bahagia… semoga kau ditempatkan di kalangan para solehah… akanku kenang segala-galanya diingatanku… ampunilah segala kekasaran dan kesalahanku padamu semasa hayatmu… amin…

~~~selamat hari lahir mak…~~~


0 comments:

Post a Comment